Dalil Hadis Solat_qada

Dari Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu , Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wassalam (s.a.w) bersabda:

Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala (s.w.t) telah berfirman:"Dirikanlah solat untuk mengingati Aku". (Hadits riwayat Muslim)

Hukum harus mengqadha' solat itu bukanlah sebagai satu kelonggaran yang membolehkan seseorang itu meninggalkannya dengan sengaja sehingga luput waktunya walaupun berhasrat untuk mengqadha'nya pada waktu yang lain. Adapun anggapan bahawa meninggalkan solat dengan senghaja dan boleh menggantinya pada waktu yang lain asal saja kewajipan itu tidak terus ditinggalkan atau dilupakan adalah satu anggapan yang salah.